March 22, 2016

Langkahan Baru !



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, alhamdulillah thummalhamdulillah..
Alhamdulillah ana diberi kesempatan untuk membuat satu blog baru..

Blog ana yang sebelum ni (yang ana buat masa lepas PMR) rasanya dah bersawang kot dek kekangan masa.. Enam tahun sudah berlalu.. MashaAllah..

Diharapkan segala nukilan, coretan atau apa-apa perkongsian ana di sini akan memberikan manfaat buat semua.. Apa yang kurang atau tersalah, harap ada yang sudi betulkan.. Ana takut segala yang ana tulis ini datang mendakwa ana di akhirat kelak.. nau'uzubillah..Moga Allah jauhkan..


Ok, ana nak hadiahkan satu puisi untuk kalian..
Puisi ni dah lama dah ada dalam wechat ana..
Moga kalian hadam apa yang tersirat di sebalik puisi yang tersurat ni, ok?



****************************************************************

Semusim lalu..
Bunga mekar mewangi
Kelopak megah dek warna nan berseri
Bunga kembang riang
Ditiup angin ria setiap hari..
 
Semalam..
Menjelma bayangan itu
Memetik mematah bunga
Tunduk menyembah bumi
Semakin layu menanti maut menjemput
Satu demi satu kelopak melayang
Lalu bunga menari ikut rentak angin sayu
Layu tak berkembang lagi..
   
~ tenanglah wahai diri.. Biarkan ia tersimpan kemas di sudut hati.. Tunggulah ketentuan dan rahmat dari illahi..~


Maaf andai ada salah dan silap..

Moga Allah Merahmati!
Assalamualaikum!..