May 09, 2016

Manhaj Ilmu??.

Bismilahirrahmanirrahim...

Kerosakan yang berlaku tanpa ada manhaj ilmu..

Pertama kita perlu mengetahui perbezaan diantara maklumat dan ilmu.

Maklumat merujuk kepada kefahaman-kefahaman dan gambaran-gambaran yang sampai kepada seseorang individu tanpa diketahui kebenarannya dan tiada dalil padanya,

Ilmu pula merujuk kepada hasil daripada uslub yang digunakan untuk membenarkan maklumat- maklumat yang datang pada seseorang samada melalui kajian, akal (qias) ataupun wahyu ilahi..

Seseorang tidak dikatakan berilmu jika hanya mempunyai maklumat kerana dia tidak mampu membuktikan maklumat tersebut benar atau salah sehingga terhasilnya ilmu,. Di dalam ilmu mantiq asas pembahagian ini disebut pembahagian tasawwur dan tasdiq.

Tujuan manhaj adakah untuk membawa 2 perkara :

Pertama : untuk menghasilkan kesimpulan ilmu yang baru disebut sebagai manhaj ikhtira' atau taulid dan istibath..

Kedua : untuk membuktikan kebenaran sesuatu maklumat disebut sebagai manhaj istidlal atau manhaj tausiq..

 
Oleh sebab itu islam amat mementingkan perihal kebenaran sesuatu perkhabaran dan maklumat kerana ianya membentuk pemikiran dan tindakan seseorang individu..
Sesuatu perkara yang dibuat kesimpulan tanpa mengikut manhaj tidak diiktiraf sebagai suatu ilmu walaupun ianya sampai kepada kesimpulan ilmu tersebut..

 
Ilmu tanpa manhaj yang betul adalah ilmu yang berisiko untuk membawa kemudaratan dan kerosakan kepada manusia. Oleh sebab itu para ulama amat mementingkan manhaj dalam ilmu.
Sebagai contoh dari sudut manhaj tajribi (kajian) barat yang tidak mengikut manhaj yang betul sehingga menghasilkan suatu kesimpulan yang menyeleweng  : alam terjadi dengan sendirinya hasil daripada letupan( big bang)..natijah ini terhasil daripada kajian dan maklumat - maklumat yang disusun tidak mengikut manhaj yang betul.

Noktah..

1 comment: