July 18, 2016

Kanak-Kanak VS Kasih Sayang

Salamaleik to all readers..

I just want to talk a bit about kanak-kanak dan kasih-sayang.. Walaupun ana bukan lah orang yang selayaknya membicarakan tentang hal ini but ada ana kisah?. Haha.. Gurau je.. Ye.. Bukan apa.. Ana rasa terpanggil untuk tulis serba sedikit tentang hal ini..

Yup.. Kanak-kanak, kadang kita sukar untuk membaca emosi mereka.. I mean emosi dalaman,. Nampak diorang hanya seronok bermain, berlari ke sini, berkejar ke situ, melompat ke sini, menyorok ke sana dan macam-macam lagi.. Uiissshh, keaktifannya kalah superhero.. Nampak happy je hidup tanpa sebarang masalah, kita pun gembira tengok mereka seronok macam tu kan?.

But ada jugak certain yang hanya duduk diam.. Tidak seperti kanak-kanak lain yang seusianya.. Lagaknya ibarat seorang dewasa.. Matured!. Haa.. Yang ini laa, kita makin susah untuk membaca emosi mereka.. Sedihkah mereka atau gembira?

Ya,. Kadang, mungkin yang terlebih aktif memang sengaja mencari keseronokan untuk menutup tiap masalah dalam relung kehidupannya.. So, bila jumpa kawan, barulah dia mempunyai ruang untuk bebas bermain.. Dan mungkin juga, kanak-kanak yang hanya diam membatu sepi di tiap angin lalu sudah puas dengan keseronokan dan ingin mencari dan meneroka dunia baru.. Hmmm.. Sebenarnya agak sukar untuk ana jump into conclusion..

But ana ada satu cerita nak share sikit.. Baru-baru ni ana ada kerja dekat pusat tahfiz darul qurra.. Kelas mengaji dan hafazan.. Start about 7 p.m to 9 p.m.. Ana saja je carik pengalaman.. Lagipun kelas pada waktu malam je... Ok la kot daripada tak buat apa-apa tiga bulan.. Haha..

Most of the students there kanak-kanak laa.. Yup ana suka kanak-kanak.. Tapi mereka ni nakal ya amattttt.. Kadang happy tengok keletah mereka, kadang rasa geram macam nak cubit-cubit je.. Dan kadang mereka buat ana macam geng lagi.. Aduhaiii.. Ana ni tak tegas sangat kot.. Ana boleh je nak marah or buat-buat garang kat diorang tapi tak sampai hati pulak nak marah budak-budak.. Kesian.. Huhu

Then, ada sorang budak ni ana tengok dia diam je.. And suka main sendiri-sendiri.. Kadang dia main dengan kawan-kawan yang sekelas dengan dia.. Dengan kelas lain dia tak bercampur pun.. Kalau kita tegur dia contohnya suruh dia baca sendiri2 dulu or ulang hafazan sendiri, dia dengar apa yang kita cakap but dia buat selamba je.. Tak ikut pun apa yang kita cakapkan.. Begitu jugak time nak solat berjemaah, kita suruh dia pakai baju sembahyang cepat-cepat sebab ustaz akan tunggu semua sedia baru boleh sembahyang, but dia buat endah tak endah and saje buat lambat-lambat.. Akak-akak yang mengajar sekali pun dah puas marah and bertegas kat dia tapi tetap tak jalan.. Huhu

But, i start to think that mesti ada something yang buatkan dia berkelakuan camtu.. So, semalam kebetulan ana kena ngajar dia.. So i tried to ask her.. Mula-mula tak jawab pun, senyap je.. So ana cakap lah.. Ustazah tak marah pun awak, ustazah cuma nak tahu je.. Ustazah pun tak suka marah-marah orang.. Then baru la dia jawab perlahan-lahan.. She has 3 siblings including her.. A brother and a little sister.. Kata nya, abangnya orang kelainan upaya.. Mak dia tak kerja sebab kena uruskan abangnya.. Then nenek dia duduk sekali dengan diorang.. Kalau lepas balik sekolah, nenek dia akan jaga dia sebab emaknya bizi dengan abang dia lagi, adiknya yang kexik lagi.. I tried to ask her, where's your father?. And she said that her father quite busy with works.. Susah nak balik rumah.. Kadang mungkin 2,3 hari or seminggu baru balik kot?. Entah.. Ana pun tak tau macam mana.. So, ana pun cakap laa, kalau awak ada masalah, share je dengan ustazah.. Ustazah ok je, kalau ustazah boleh tolong, ustazah tolong mana yang mampu.. Dia angguk and start to smile!.

Jadi, ana rasa dia macam tu sebab nak perhatian or kasih-sayang mungkin?. Ye laa.. Kat rumah tak boleh nak main-main or mungkin kena jadi dewasa sebelum masanya?. Hmmm.. I don't know, but i feel that every children mempunyai cerita hidup dia sendiri kan.. Kanak-kanak zaman sekarang membesar dengan keadaan sekeliling yang mencabar yang mampu mengubah emosi mereka dengan pantas.. Ana harap mereka dapat melalui zaman kanak-kanak dengan baik..

Ya.. Ana suka budak-budak.. And ana tak sampai hati nak marahkan mereka.. Kesian tengok muka polos mereka yang comel dan cute tu.. Huhu.. Hati mereka lagi suci daripada hati kita yang penuh terpalit dengan noda dan dosa.. Allahu..

And for your info, salah satu sebab ana tolak tawaran ipg dulu sebab ni laa.. Takut nanti tak boleh nak kawal anak murid sebab tak sampai hati nak marah or bertegas lebih2.. Huhu.. And ada yang kata rugi tolak ipg.. But only Allah know me well.. Huhu.. Lagi satu, ana takut sangat apa yang ana ajar nanti anak murid tak dapat tangkap.. Ana ajar lain, diorang faham lain.. Tak ke tersesat nanti.. Naya je.. Huhu

And kawan-kawan ana pun akui, sesetengah cerita yang ana sampaikan, mereka tak faham.. Tak sampai katanya.. Ayat mereka yang paling deep..

"Nad, apa yang kau cuba sampaikan sebenarnya ni? Kitorang tak faham laa.. Tak sampai"

Huhu.. Sadis kan..

Ok laa.. Sampai sini je la dulu bebelan ana kali ni.. Moga jumpa lagi..

Jaga diri, jaga iman.. Bye..

Lot of loves,
AlFaqiiroh Ilallah

No comments:

Post a Comment