September 23, 2016

Nasi Lemak Bakal Mak Mertua??

Salamalaeik to dear readers..

Salam Jumuah Mubarakah, Salam Sayyidul Ayyam, Salam sayang dari hujung tudung hingga hujung kasut getah kedai dua hengget.. *rolling eyes*

Dah breakfast ke belum? Ni mesti sedang enak dibuai mimpi kena kejar hantu kan? ahhhaa..
Bila anda semua tengok tajuk posting ana kat atas tu mesti cacing-cacing nakal dalam perut korang tu dah lapar kan? Rileks.. Pagi masih muda.. Anda bangun la dulu dari katil empuk tu, bersihkan diri, solat dhuha (sempat lagi ni), yang tak baca lagi al-kahfi boleh baca dulu.. Lepas settle baru la boleh pergi cari nasi lemak dekat warung hantu kak limah hujung kampung sana tu.. eh..

Nasi lemak panas-panas dengan sambal kerang, telur rebus, ikan bilis takde kepala, ikan tak bilis yang ada kepala, ayam, dan macam-macam lauk lagi.. fuhhhh.. Terangkat. Nasib baik tak terbang terus.. Eh apa yang ana melalut ni.. k.. Abaikan..

Baik, baik.. *geleng kepala* . Ana nak cerita sikit pasal semalam. Kalau taknak baca, jangan baca okeh.. Ana tak suruh pun korang baca ye *tangan ke bahu mata ke atas* .

Bangun awal-awal pagi (kalau mak-mak baca ni mesti terus nak buat jandi menantu, ahhakkss) solat, siap diri semua bla bla bla. Pastu mengulang sikit sebab nak kena tasmik pagi tu dengan ustaz. Cuak kemain lagi , naseb baik masih cool, macho, kacchak bergaya. Pastu memang langsung tak sempat nak sarapan. Alasan je tu, padahal takda nafsu nak makan, cuak punya pasal. Biasanya sebelum ke kelas sarapan dengan roti bakar dengan chocholate spread.. yummy.. Eh, mesti ada yang tertanya-tanya ana ' Hang duk asrama, boleh bawak toaster ke?'. Haa.. ini rahsia kita tau.. haha

So, pergi lah budak ni tasmik tanpa sarapan. Minum air masak je. Lepas habis tasmik, dalam sejam gitu dia punya lega mashaAllah.. Macam nak lompat matahari bulan bintang dah rasanya. Time tu baru pukul 9.15, nak balik bilik rasa macam tak berbaloi sebab pukul 11 nanti ada kelas ganti. Nak jalan dah lah jauh. Malas nak naik kereta sebab nak cari parking punya lah payah. Pastu mula la menyesal bla bla bla bla.

Pastu gi lepak library, satu-satunya port kegemaran ana kat library. Kalau korang nak tahu, tahun lepas kan ana tak duduk asrama kan, so ulang-alik je dari rumah. Setiap hari ana lepak library sampai malam, library nak tutup baru nampak jalan balik umah. haaha. Serius best duduk library.Boleh baca buku, nampak buku banyak-banyak pun boleh release stress tau. Buku adalah suara tanpa suara!.

So, duk library buat apa yang patut. Tetiba Toyol call ana. Kalau nak tahu sape gerangan si Toyol tu, korang cari sendirilah, malas pulak nak cerita, nanti panjang berjela pulak post ni. ok. Si Toyol ni call bagiatu yang Papa J (Dr. J sebenarnya tapi kitorang je panggil papa J, ade kisahnya) call dia yang pasal transfer credit, ada satu madah yang kena hold dulu. Lepas cakap bla bla bla, letak telefon. Tetiba ex candy crush lalu. eh. eh. eh. kita dah move on, so langsung tak ambil port, lagipun budak phd kot.. Nak tahu cerita ke? Malas la nak taip, nanti panjang pulak kisahnya.. eh. eh. eh. Gurau je laa. Takde candy-candy crush nye, dota je kita ada.. hmmm..

Lepas tu, Si Toyol tu call lagi cakap yang Papa J cakap dah lulus untuk tc madah Nizhom Hukm untuk madah siyasah syariyyah. Apa lagi melompat katak ana dalam library tu.. eh. cover-cover.. Pastu saje cakap kat si Toyol tu, 'daripada hang call ana banyak-banyak kali ni, apa kata hang lanje ana roti canai ada faedahnya sikit'. Pastu you know what, dia betul-betul belanja ana dengan roommate ana sekali si Ella. Sebab kitorang berlima (ana, ella, nadh kucai, toyol, kucaii) memang bestfriend masa sem pertama Tahun pertama lagi. Ada ramai lagi bestfriend nanti ana cerita lagi lain kali ok.. Lepas kelas dia bagi roti yang dicanai tu, naseb baik dia tak bagi dalam kelas kut-kut dengan madam berjemaah sekali kenduri roti canai dalam kelas. haha

Balik bilik, solat, settle apa yang patut, cari article, hantar kat madam (naseb baik online), sedar tak sedar dah maghrib. deadline pukul 11.55 p.m. tapi biarlah settle terus takut penat-penat balik mengajar nanti tak teringat ke ape, naya je. Pastu solat, siap-siap ala kadar terus gi ngajar. Time drive baru tetiba rasa lapar. Makan roti canai yang toyol bagi je tadi.. patutlaa, hmmm. Nak makan memang tak sempat dah. Redho je la.. Pastu habis je ngajar, ada sorang mak Inche ni datang kat ana..

"Ustazah, nah ambil la nasi lemak ni. Saya bagi kat ustazah"

"Eh, iyeke mak inche. Buat susah-susah mak inche je" malu nak ambik konon, padahal dalam hati bukan main seronok sebab tak makan nasi lagi harini.

"Eh, takde susah-susahnya ustazah. Ambik la, nanti tak payah beli dah makan malam, ustazah kan duduk asrama, tak boleh nak main masak-masak" punya la beriya mak inche tu.. so ana ambil la nasi lemak tu.. Panas-panas lagi nasinya.. pehhh

"Terima kasih la ye mak inche. Moga dimurahkan rezeki"

"Sama-sama kasih. ustazah" mak inche tu dah senyum semacam..

So ana balik hostel.. Ella ada kat bilik dengan Mama ngan Fofo.. Mama ngan Fofo ni bestfriend ana gak. Ana ajak depa makan sekali nasi lemak ni, depa taknak sebab baru je lepas makan.. kata Ella,

"Kau makan je nad, kitorang dah kenyang. Huntongg ada bakal mak mertua tapaukan nasi" haha.. terus kitorang bantai gelak.. mak mertua la sangat..

Tengah-tengah makan, fofo cakap "Weh nad, nak pinjam kete kau jap boleh? Nak gi bank in modal jap".

"Ambik la. Tu kunci sangkut kat dinding dekat ngan meja"

Pastu depa bertiga pun keluar tinggal ana sensorang dengan hantu-hantu. haha.. saje je cakap kena tinggal, padahal malas nak keluar, penat sangat-sangat. lagipun dah dekat pukul 11 dah kot. It's time for me to rest.. So, depa pi ana buka la fon tengok noti yang beratuih tu.. Baru je tak buka setengah hari.. Pastu teringat dah lama tak bukak tab, sementara ada masa, bukak jap.. Makk aiiiii beribu ribu riban noti.. boleh pengsan nak baca satu-satu. So, bukak je, scrolling down. tak baca pun.. haha

Pastu budak tiga abdul pun bali.. you know what?? They bring along an ice cream in the middle of night.. auchhh.. how sweet.. Boleh mati kekenyangan ana malam tu.. huhu


But, sini ana nak cakap, se'sweet-sweet' 'bakal mak mertua' la, bestfriends la, sweet lagi Allah s.w.t. tau.. Tengok.. Macam-macam rezeki yang dia bagi melalui hambaNya. Tenghari roti canai, malam nasi lemak, pastu eskrem pulak.. See???. Itu tak kira lagi how sweet of Allah for giving us to live, breath, etc free of charge.. Sweet kan Allah?? So, bersyukurlah..

Serious talk, ana tetiba teringat yang ada yang cakap sentiasalah baca surah Al-waqiah sebab inshaAllah hidup akan sentiasa dimurahkan rezeki. Ana memang sedang cuba untuk istiqamah baca surah tu setiap hari, not just for 'dimurahkan rezeki' tapi niat kena Lillah kan?? *smile*

Ya, rezeki akan dengan pelbagai cara yang tidak disangka-sangka. And it happened to me.. Sebenarnya ana tak kisah sangat kalau spend money for books and food.. sebab ana books lover and food hunter.. i love to read, i love to eat and i love you!. eh. eh.. haha..Banyak lagi cerita tentang rezeki tapi lain kali la pulak cerita, roommate ana dah balik ni, siap bawak aweks lagi, kitorang nak lunch sama-sama.. Hujung minggu kan.. Dating la.. Eh. eh.

Owh, btw, pasal mak mertua tu abaikan je la eh.. maafkan ana mak inche.. mak inche boleh cari bakal menantu yang lagi baik dari ana ye.. yang solehah, yang baik, yang berjurrus, yang pandai masak, yang tak gila-gila macam ana.. huhu.. sebab ana tak suka lelaki la mak inche, kalau nak kawan, nak share opinion and bla bla bla boleh la.. kalau selain tu tak boleh la mak inche.. huhu.. ana tak suka,. ana suka seteroberi je.. hahaha..

Kalau the one who called 'bamboo' ada baca post ana yang ni, jangan marah eh.. mak awak dengan mak saya kan akan jadi 'bakal mak mertua' kan kan kann.. inshaAllah.. eh.. eh.. eh.. gurau je.. k.. abaikan

Sekian, moga jumpa lagi gaiss.. Moga selamat maju jaya..
dan doakan ana istiqamah mengulang ngulang ngulang ngulang ngulang..

Jaga hati, jaga diri, jaga iman.. Bye..

Assalamualaikum..



Lots of love,
AlFaqiiroh Ilallah
Sis Cool