December 19, 2016

Just my ten cents punya coretan..

Salamaleik to dear readers..

How are you gaisss? Sihat? Moga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya..

Tetiba ana teringin nak coretkan sesuatu di sini.. i did'nt know why.. Maybe coz of something happened all de days long.. i think i'm not strong enough.. hahaha

Although final exam just around de corner, but jujur i told you gaiss that i haven't study thou a bit!. Omg!! I didn't know what to do right know!.

Yaa.. i'm quite busy helping my sistur did preparation for her event this coming thursday, inshaAllah.. ana actually tak boleh just tengok my sistur busy sorang2, mesti ana akan tolong jugak no matter what..

The story started when ummi reminded my sistur about relatives invitation.. so, ana tetiba je terkeluar, cakap camni, "susahkan? Nak kawen pon banyak benda kena settle.. itu lah, ini lah.. kan senang kalau tak payah kawen.. tak perlu susah fikir mcam2.. just live happily here after"

Then ummi keep staring at me and ask me.. "kenapa cakap macam tu? Tahu tak, tak baik? Tahu tak apa tujuan manusia diciptakan? Untuk beribadat dan menjadi khalifah untuk memakmurkan bumi.. kalau tak kahwen, siapa yang nak menyambung generasi sebagai khalifah kat muka bumi?.macam mana nak beribadat hingga mampu menjadi muslim yang bertaqwa?"

Ana just senyum and jawab.. " ummi, untuk menjadi seorang muslim yang musleh, tak semestinya dengan kahwen.. mana tau being single can make us a true muslim yang musleh berbanding kahwen, who knows!. And dengan keadaan sekarang, i never trust men (exclude my daddy and bros).. ummi tengok je laa today's situation.. tak perlu aa'yaa (my surname at home) explain panjang lebar.. ummi knows right?"

Then ummi pun jawab " sebab tu la kena cari yang baik, beriman, bagus akhlaknya.. inshaAllah everything gonna be okay"

Pastu ana just respond.. "okay ummi, but i still with my stand.. i love being single.." then ummi keep silent..

Pastu masa nak makan ummi ada tanya pasai exam spa aritu.. ana cakap la result exam tu berjaya, alhamdulillah.. then ummi tanya, "kalau nanti kena pergi iv, kalau boleh spa tu nak terus sambung belajar ke nak kerja?"

Yaa.. ana keep thinking jugak.. dah 3 ke 4 iv spa entah ana pergi, masa iv tu ana cakap kat panels iv tu yang ana nak sambung belajar.. so, ana tanya la ummi, "kalau pendapat ummi canne?"

Ummi jawab, "kalau dapat spa, pergi laa.. nanti boleh sambung belajar lagi.. buat pjj ke."

Yappp.. ana terkejut gila dengan jawapan ummi time tu.. seriously!. Sebab sebelum ni ummi sangat-sangat nak pastikan anak-anak dia habiskan belajar kalau boleh sampai ke level paling tinggi.. serius!. And i'm totally well-planned my study and so on.. coz of that, sekarang ana rasa pelik.. you gaiss mesti tak faham situasi kami canne kan?. Its okay, tak payah pening-pening fikir okay!. Hahaha

Lepastu ana tanya ummi.. "ummi rasa sesuai ke aa'yaa kerja? I feel like macam budak-budak lagi..canne nak kerja? Hahaha" memang kaw kaw ana gelak time tu.. gelak tak ingat dunia, nasib baik ingat akhirat.. eh?. Hahahaha

Ummi pun cakap "budak-budak apanya.. besar ni nak kawen pun dah boleh dah"..

Gulp!. Terus mati ana punya gelak.. tertelan gelak sendiri kootttt.. kah kah

Then ana jawab, "ummi, aa'yaa dah cakap kan.. i didn't want to get married.. never! And i didn't want and didn't like to talk about this matter.. i didn't know why.. but please understand me, my lovely ummi" ana senyum je kat ummi...

Yaaa.. kebelakangan ni ummi keep talking about marriage bla bla bla.. and its quite weird for me.. serius ana tak suka, tak tau kenapa..

Yaaa.. first sebab ana punya impression kat lelaki luar punya lah lain.. tak perlu ana cakapkan kat sini.. ana tak pernah berchenta cintun dengn sesiapa coz i never trust any of them!. Seriously!. Nak keep in trusting pon tak boleh apetah lagi nak hidup sama-sama kan?. Ngkooo rasee?? Memang takk laaa kan..

Then, ana tak rasa semua orang boleh terima perangai ana yang macam ni.. so daripada ambil risiko better i life with my own self, senang.. tak payah fikir lebih-lebih.. lagipun family ana sangat berbeza dengan family orang lain.. sangat complicated.. family kami tak sama seperti family manusia yang lain.. seriously.. better you gaiss, i mean outside people don't getting interrupt with.. yaa, tu jugak adalah satu sebab i didn't want to get married.. kan kesian pulak kat orang berkenaan.. tak pasei-pasei jaa dapat heart attack.. kah kah kah..

Eh.. panjang pulak membebel.. k lahh.. an nak chauu luu.. nak gi sekolah sat.. ade benda kena settle pasei program bawah pmki.. and seriously i'm quite busy.. ummi cakap ana busy mengalahkan pm dah.. hahahhaha.. but i'm happy.. yappp..

Sekian, moga jumpa lagi gaiss.. Moga selamat maju jaya..
dan doakan ana istiqamah mengulang ngulang ngulang ngulang ngulang..
Doakan moga ana kuat.. 

Jaga hati, jaga diri, jaga iman.. Bye..

Assalamualaikum..

Lots of love,
AlFaqiiroh Ilallah
Sis Cool

December 02, 2016

Sahabat Super Awesome!

Salamaleik to dear readers..

How are you gaisss? Sihat? Moga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya..

Harini ana tetiba dapat aura rajin semacam je nak merepek dekat sini.. seronok jugak kan membebel sensorang.. Aman sejahtera hingga ke tanjung rambutan.. haha.. Adoi, melalut laa pulak.. Korang nak tahu tak, ana stress giler harini.. Memang korang tak tahu pun kan.. Tapi stress setinggi mana pun, ana still boleh bahan lagi orang.. kah kah.. Entah bila laa nak berubah Nad oii..

Okeh, cakap pasai stress, korang tahu tak, sepanjang semester ni, harini ana telah langgar pantang larang ana.. haha.. sebelum ni ana tak pernah kot tido siang-siang , petang-petang.. Tup-tup harini tido lepas asar sebab katanya stress giler.. Bangun-bangun je terus rasa macam giler ngko.. Otak jadi tak berapa nak centre dah.. haha

Ana sebenarnya bila stress suka makan banyak-banyak.. bukan makan nasi laaa.. Giler ke nak makan nasi banyak-banyak.. Boleh mati karang coz of stomach burst uollss.. haha.. Seriously i want to eat, bila stress, lapar dia lain macam tau.. entahlaa.. Maybe i commonly eating when i got stressed coz i believed that by eating, i could release my stress by eating various types of food.. Ah, so heavenn!
Seriously ana tengah lapau sekarang, tapi takkan nak makan sensorang.. Memang takk laa kaann.. Dah laa sume super busy with their works.. huhu.. Jommlaa teman ana makan, kalau nak lanje lagi bagus.. haha

Eh, apa ni melalut sampai bab makan bagai.. haha.. Saborr jelaa yee..

Okay, ana rasa nak cerita pasai kawan.. Sahabat.. super besfriend etc..

Since i'm in childhood, i don't have any friends.. seriously.. sounds weird right?. Tapi itu hakikatnya.. Mesti korang pelik kan? Yapp.. itu hakikatnya.. Zaman kanak-kanak banyak dihabiskan dengan family.. Kami adik beradik main sama-sama kitorang je.. And fews cousin.. sebab tu laa kami adik beradik boleh rapat with fews cousin belah daddy.. sebab depaa jela teman sepermainan.. tapi bukan selalu main pun, sebab rumah kami pun bukan tepi-tepi dekat-dekat.. Then kami tak banyak sangat pun main, kami diajar supaya bantu ummi daddy dalam semua kerja walaupun sekecil-kecil kerja..

Selalu kami maen time weekend, ummi dan daddy akan main sekali.. kami biasa main badminton.. depa memang terrer maen badminton weh, serius cakap.. haha.. Then kami adik beradik dari kecik dah diajar dengan tutup aurat, ilmu fardhu ain, fardhu kifayah, mengaji dan sebagainya.. Kalau part ngaji tu memang paling banyak kenangan.. haha.. Kami adik beradik memang selalu fight sapa boleh habis cepat..

Kalau sehari boleh proceed ke muka surat sebelah dia memang terrer giler ahh.. Sebab daddy kitorang memang strict sikit.. walaupun bacaan okay tapi bila satu page tu ada makhraj huruf tak betul ke, tajwid tak kena ke, or tak cukup dengung walaupun hanya pada satu tempat memang korang takde chance laa nak alih ke muka surat sebelah.. haha.. Kadang tiga hari baru boleh baca muka surat baru.. sampai dah boleh hafal muka surat tu..Tudiaa penangan makaaihh. haha..

Then kami adik beradik kalau kat sekolah memang muka kena masuk musabaqah hafazan laa.. haha.. Ana teringat lagi time sekolah rendah.. tak pasti darjah berapa.. ada ustaz ngan ustazah dapat tahu ana adik kepada safwan.. "Laa, awak adik Safwan ke? Ok, awak masuk hafazan ye".. hahaha.. ana time tu mampu cakap dalam hati je.. dahh kenape ustaz ngan ustazah ni.. ana baru darjah berapa time tu.. darjah dua ke tiga ntah sebab time tu abang darjah enam kalau tak silap.. Ana rasa musabaqah hafazan jadi turun temurun dari generasi ke generasi pulak sampai dua-dua adik ana pun terheret sama.. haha

Lagi, time kecik-kecik ana masih ingat lagi.. setiap hari jumaat kami wajib ikut ummi dan daddy pi Rusila, attend kuliah dhuha kat masjid Rusila, yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang.. Tok guru memang idola ana laa.. beliau memang hebat! Kuliah dhuha berkisarkan tiga cabang ilmu iaitu tafsir, tauhid dan sirah.. dari ana kecik sampai sekarang tok guru masih bincangkan perkara yang berkisarkan ketiga-tiga bahagian ilmu tu..

Alhamdulillah.. kata tghh, selama hampir 40 tahun setelah dua kali pusingan, pada 13/5/2016, telah khatam pengajian tafsir buat kali yang kedua..Berpeluang dan berkesempatan mengaminkan sekali doa sempena khatam pengajian tafsir oleh tghh.. Tisu betul ana time tu, tetiba boleh sebak.. Naseb baik ummi tak perasan time tu..haha.. Moga pengajian ni sedikit sebanyak terpercik keberkatan itu pada diri yang serba dhoifah ini..Moga segala ilmu yang diperolehi bermanfaat untuk kehidupan dan tiap gerak kerja perjuangan islam.. Aminn

Eh. Panjang pulak ana nak membebel.. rasanya tadi pasal kawan je kan? haha.. melalut ape pulak ni.. kalau korang tak nak baca jangan baca okeh.. haha

Okeh, time ana sekolah rendah ana takde banyak kawan pun.. ana hanya fokes belajar.. sebab ana sentiasa ingat pesan ummi yang pergi sekolah belajar elok-elok.. belajar, jangan main.. Seriously ana memang performed giler time sekolah.. Ana bukan budak study tapi mungkin disebabkan fokes yang terlampau tu kot.. haha.. kami adik-beradik memang patuh giler laaa.. biasanya kalau budak-budak walaupun luar waktu sekolah mesti akan ada kawan kan, main sama-sama.. tapi kami tak.. haha.. sampai sekarang walaupun dah besar kami takde pun jumpa kawan-kawan kat rumah tu.. sebab memang takde.. serius.. kalau korang tak percaya sudah.. kisah pulak ana.. haha kalau time semester break, sume balik kami still lepak sesame adik beradik, sebab takde kawan pun yang ada kat kampung tu,. haha

Pastu when secondary school barulah ada kawan sikit-sikit.. Kami mostly duk hostel so confirm laa ada kawan kan.. tapi my friends mostly duk jauh-jauh ramai yang luar terengganu, kalau ada pun yang terengganu sume jauh-jauh.. haha.. Then start secondary school ana start aktif masuk itu ini, semua nak try.. hafazan, pidato, english debate, malay dabate, syarahan, chess dan sebagainya..  And ana jugak ada terlibat dalam satu kepimpinan kat sekolah..seriously time secondary school i'm a serious person.. takde kawan sangat pun dengan lelaki, mostly semua perempuan.. kami perempuan senang nak rapat sebab boarding school dah tu ngko nak kawan ngan sape lagi kan?. haha..

Kalau kawan dengan lelaki pun sebab classmate and selalu gaduh time presentation.. bukan gaduh ape, hanya gaduh dalam melontarkan pandangan idea.. kami banyak presentation and sharing opinion, presentation bla bla bla.. kami paling suka part QnA..pehh memang padu ahh sampai berdebat time tu.. hahaha.. Ana sebenarnya memang kurang sikit dengan lelaki taktahu la kenapa, kecuali bila ada sesuatu yang penting atau sharing idea and opinion, time tu baru ana boleh cakap-cakap ngan lelaki.. kalau tak, jangan harap laaa..

Then i think everthing started changed when i'm in university.. Bila sifat aktif taak bertempat yang dibawak dari zaman sekolah ke universiti menyebabkan ana boleh survive sikit-sikit nak berkawan dengan lelaki.. yelaa, bila dah berprogram macam-macam mesti ada interaksi kan.. lagipun kos kami ni memang aktif giler wat program macam-macam.. dan rumah ana selalu jadi port depa kalau ada apa-apa.. sampaikan bila ummi daddy ana nak wat makan-makan laju je depa bertandang.. haha.. biasanya depa yang tak balik raya haji selalu mai lepak umah ana.. dah macam umah sendiri dah dia buat.. dari sembelih lembu sampaikan ke masak-masak.. betapa rapatnya kami.. umtuk projek entrpreneur pun depa mai masak-masak kat rumah.. seminggu berturut-turut depa berkampung.. ingat lagi, lepas presentation shawarma, malam tu depa mai lagi umah ana sebab ummi daddy ana ajak makan nasi.. hahaha.. memang pantang betui sebut pasai makan.. kah kah

But seriously at that time depa lah kawan-kawan lelaki ana yang pertama kali mai ke rumah.. sebelum ni mana ada ana nak berkawan dengan lelaki apatah lagi nak ajak mai rumah.. memang tak laa.. kalau perempuan takdela pelik sangat kan..tapi, depa memang bertuah.. haha.. sampaikan ummi daddy ana kenal semua kawan-kawan ana, baik lelaki mahupun perempuan.. ya, ummi daddy ana kenal kawan-kawan ana so that depa tak risau ana berkawan dengan depa bila dah kenal kan.. Tapi seriously ana rasa macam tak percaya yang i do that things.. haha

Ya, i make many female friend at university.. Male friends i got only severals.. itu pun sebab depa classmates and my family knew-well them.. yaa.. i love all of my friends.. Depa memang kawan dunia akhirat ana.. susah senang suka duka sama-sama.. berjuta kenangn dan memori yang telah kami cipta in two years.. Besides my family members, my friends (PTI friends) banyak cheering up my days.. And we all know our attitude respectively.. I love uollsss.. seriously.. And till know on kami masih tak lost contact still rapat macam dulu walaupun zaman pti sudah tinggal kenangan yang menyubur di dalam hati.. Alhamdulillah, thanks God!

Sebab korang memang ana sayang sangat-sangat nah, ana nak bagi satu pantun untuk korangg.. Lagipun ana dah lama gila tak buat puisikan.. Kali ni pantun je eh, kang tulis puisi panjang pulak.. kalau nak baca puisi baca kat wattpad ana eh.. haha
              'Jaga satu hati,
               Pegang satu nama,
               Simpan dalam hati,
               Setia hujung nyawa'

Sweet kan ana?. kah kah kah.. Mohon korang menanges terharruuuuuussss.. hahaha

Eh.. panjang pulak ana membebel.. adoiii.. sori laa.. tak terniat pun nak membebel panjang sebenarnya.. dan sebenarnya ada banyak lagi benda yang ana nak membebel ni.. hahaha.. lain kali laa kalau panjang umur, inshaAllah, biiznillah..

Mohon doakan ana moga segala liku-liku hidup perjalanan ana ni diberkati dan diredhai Tuhan.. ana bukannya kuat sangat sebenarnyaa.. tapi i always pretend to be cool.. acah-acah kuat konon.. hmmm.. hahaha.. i'm cool eventhough i'm quite stress today.. and ana rasa sangat lapau sekarang.. rasa cam nak makan orang je..tambah-tambah lagi sekarang musim hujan.. haha

Sekian, moga jumpa lagi gaiss.. Moga selamat maju jaya..
dan doakan ana istiqamah mengulang ngulang ngulang ngulang ngulang..
Doakan moga ana kuat..

Jaga hati, jaga diri, jaga iman.. Bye..

Assalamualaikum..



Lots of love,
AlFaqiiroh Ilallah
Sis Cool

November 28, 2016

Be Yourself !.

Salamaleik to dear readers..

How are you gaisss? Sihat? Moga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya..

Sori sangat-sangat sebab ana menyepi begitu lama.. I have to clear up few things.. Kadang ana rasa life ana tak berapa nak teratur sejak dua menjak ni.. I don't know why.. Macam-macam perkara yang perlu diselesaikan,. Naseb baik ana masih cool, macho, kachhak bergaya seperti biasa.. maaf ter'riak' sikit.. Tapi ini suatu kenyataan kot, bukan auta semata-mata.. hahaha

Vvvvaiklah.. Kalini takdak benda yang berilmiah pun yang ana nak share dengan korang.. Ana just nak membebel sorang-sorang je.. huhu.. Kalau taknak baca jangan baca okeh.. korang tak rugi pun kalau tak baca.. haha

Weh, ana nak tulis ape ni weh.. haha.. I got no idea laa.. lol

Okay,baiklah.. since haritu some of my friends asked me "Nad, macam mana nak jadi cool, sabar, tak cepat marah eh? Kitorang tengok kau rileks je.. Even orang yang buat hal dengan kau, kau masih boleh tahan weh.. Macam mana kau boleh rileks camtu eh?"

Ana yang dengar ni makkaaiiii rasa nak gelak berguling-guling macam tenggiling je weh.. (guling-guling macam tenggiling, guling-guling macam tenggiling... *sila baca ikut nada shin chan* hahaha).. Boleh tahan punya soalan.. Baru tahu, selama ni member-member pun memerhati ana.. hahaha,. seramm dowhh.. Ana harap takdak manusia lain yang memerhati ana jugakk.. haha

Okay,. *inhale oxygen, exhale carbon dioxide*.. Sebenarnya ana bukanlah seperti mana yang dikatakan sahabat-sahabat ana tu.. Ana pun taktau kenapa depa nampak ana lagu tu.. Sebab, apa yang ana tahu, ana hanya menjadi diri ana sendiri.. Yes! I'm de way I am! I'm never pretending to be like others.. Yeaa tak dinafikan yang i have many makhluk-makhluk Allah as my inspiration.. Tak perlu lah nak sebut satu-satu pulak kan.. haha

Hmm.. about how to be a cool person.. sebenarnya senang je.. Jangan hiraukan pandangan manusia-manusia sekeliling.. Oh, before i'm forgot pandangan di sini bukan lah bermaksud someone opinion but pandangan dari sudut penglihatan manusia tu.. Sebab i know most of student cannot performed coz their confident level quite low.. Susah nak percaya dekat diri sendiri, takut orang kata itu ini.. Hello gaiss.. wake up! Anda dah berada di abad yang ke berapa dah ni.. Jangan lembik pliss.. Bila diri nak maju kalau asyik duk berada pada takuk seperti tu?

Kalau ana, simple je.. Buat je apa yang ana rasa betui.. contohnya, kalau dalam kelas, kalau ana rasa nak tanya, or give opinion or even argue something dan dan tu jugak ana akan bersuara.. Jangan takut untuk bertanya soalan pada lecturers.. Kalau korang rasa mesti ada yang cakap 'alah, soalan lagu tu pun nak tanya', 'alah, benda simple je kot' , 'alah, apa punya jawapan la budak ni bagi..ntah pape'.. korang abaikan je suara-suara sumbang tu, lebih baik dengar katak panggil hujan lagi best kot.. kah kah kah

Just do what you want.. anda yang nak belajar, so you must do it.. prove that you can.. impaknya, anda sendiri yang akan dapat nanti.. trust me! kalau tak percaya, mai jumpa ana, korang lanje ana seteroberi.. eh. hahaha.. But seriously, be yourself, and immediately you'll look cool and awesome.. yeahhh..

Baiklah.. about question macam mana nak sabar dan tak cepat marah, i don't know how to tell uollss.. But i have a feeling like keyakinan laa kot tentang sesuatu perkara yang berlaku.. Apa-apa sahaja perkara yang berlaku dalam hidup ana ni ana akan cuba terima.. I always set my mind that, setiap sesuatu yang tersurat tu pasti akan ada terselit hikmah yang tersirat.. and contoh laaa, bila ada orang marah or cari pasal dengan ana, ana akan senyum.. mungkin senyum tu boleh meredakan kemarahan dia.. if not cukuplah senyuman tu boleh menyabarkan dan mententeramkan hati kita sendiri.. smile and spread de loves!.

One more thing, ana susah nak marah orang walaupun perbuatan seseorang tu mampu mengundang kemarahan manusia mahupun gorilla, adalah sebab i always tell my heart to be patient to de infinity.. Ana selalu cakap kat diri ana 'tak perlu pun nak marah dia. dia cuma tersilap. dia tak tersedar apa yang dia buat. ia terjadi di luar kawalan, dia taknak pun marah kita sebenarnya.. kita jangan marah dia balik as a revenge.. cuba fikir, kalau suatu hari nanti, kita yang terrrjadi macam tu.. apa yang akan kita fikir dan rasa time tu? Mesti rasa bersalah yang amat sangat kan.. so, jangan ambil hati sangat.. Always think positive.. Smile and forgive.. Sebarkan bahagia!. Dunia perlu ceria..

Takpe.. boleh cuba pelan-pelan tau.. janji kita cuba, usaha tu perlu.. tak susah pun sebenarnya.. trust me!.

Eh.. panjang pulak ana membebel.. adoiii.. sori laa.. tak terniat pun nak membebel panjang sebenarnya.. dan sebenarnya ada banyak lagi benda yang ana nak membebel ni.. hahaha.. lain kali laa kalau panjang umur, inshaAllah, biiznillah..

Mohon doakan ana moga segala liku-liku hidup perjalanan ana ni diberkati dan diredhai Tuhan.. ana bukannya kuat sangat sebenarnyaa.. tapi i always pretend to be cool.. acah-acah kuat konon.. hmmm.. hahaha.. i'm cool.. haha

Sekian, moga jumpa lagi gaiss.. Moga selamat maju jaya..
dan doakan ana istiqamah mengulang ngulang ngulang ngulang ngulang..

Jaga hati, jaga diri, jaga iman.. Bye..

Assalamualaikum..



Lots of love,
AlFaqiiroh Ilallah
Sis Cool

September 23, 2016

Nasi Lemak Bakal Mak Mertua??

Salamalaeik to dear readers..

Salam Jumuah Mubarakah, Salam Sayyidul Ayyam, Salam sayang dari hujung tudung hingga hujung kasut getah kedai dua hengget.. *rolling eyes*

Dah breakfast ke belum? Ni mesti sedang enak dibuai mimpi kena kejar hantu kan? ahhhaa..
Bila anda semua tengok tajuk posting ana kat atas tu mesti cacing-cacing nakal dalam perut korang tu dah lapar kan? Rileks.. Pagi masih muda.. Anda bangun la dulu dari katil empuk tu, bersihkan diri, solat dhuha (sempat lagi ni), yang tak baca lagi al-kahfi boleh baca dulu.. Lepas settle baru la boleh pergi cari nasi lemak dekat warung hantu kak limah hujung kampung sana tu.. eh..

Nasi lemak panas-panas dengan sambal kerang, telur rebus, ikan bilis takde kepala, ikan tak bilis yang ada kepala, ayam, dan macam-macam lauk lagi.. fuhhhh.. Terangkat. Nasib baik tak terbang terus.. Eh apa yang ana melalut ni.. k.. Abaikan..

Baik, baik.. *geleng kepala* . Ana nak cerita sikit pasal semalam. Kalau taknak baca, jangan baca okeh.. Ana tak suruh pun korang baca ye *tangan ke bahu mata ke atas* .

Bangun awal-awal pagi (kalau mak-mak baca ni mesti terus nak buat jandi menantu, ahhakkss) solat, siap diri semua bla bla bla. Pastu mengulang sikit sebab nak kena tasmik pagi tu dengan ustaz. Cuak kemain lagi , naseb baik masih cool, macho, kacchak bergaya. Pastu memang langsung tak sempat nak sarapan. Alasan je tu, padahal takda nafsu nak makan, cuak punya pasal. Biasanya sebelum ke kelas sarapan dengan roti bakar dengan chocholate spread.. yummy.. Eh, mesti ada yang tertanya-tanya ana ' Hang duk asrama, boleh bawak toaster ke?'. Haa.. ini rahsia kita tau.. haha

So, pergi lah budak ni tasmik tanpa sarapan. Minum air masak je. Lepas habis tasmik, dalam sejam gitu dia punya lega mashaAllah.. Macam nak lompat matahari bulan bintang dah rasanya. Time tu baru pukul 9.15, nak balik bilik rasa macam tak berbaloi sebab pukul 11 nanti ada kelas ganti. Nak jalan dah lah jauh. Malas nak naik kereta sebab nak cari parking punya lah payah. Pastu mula la menyesal bla bla bla bla.

Pastu gi lepak library, satu-satunya port kegemaran ana kat library. Kalau korang nak tahu, tahun lepas kan ana tak duduk asrama kan, so ulang-alik je dari rumah. Setiap hari ana lepak library sampai malam, library nak tutup baru nampak jalan balik umah. haaha. Serius best duduk library.Boleh baca buku, nampak buku banyak-banyak pun boleh release stress tau. Buku adalah suara tanpa suara!.

So, duk library buat apa yang patut. Tetiba Toyol call ana. Kalau nak tahu sape gerangan si Toyol tu, korang cari sendirilah, malas pulak nak cerita, nanti panjang berjela pulak post ni. ok. Si Toyol ni call bagiatu yang Papa J (Dr. J sebenarnya tapi kitorang je panggil papa J, ade kisahnya) call dia yang pasal transfer credit, ada satu madah yang kena hold dulu. Lepas cakap bla bla bla, letak telefon. Tetiba ex candy crush lalu. eh. eh. eh. kita dah move on, so langsung tak ambil port, lagipun budak phd kot.. Nak tahu cerita ke? Malas la nak taip, nanti panjang pulak kisahnya.. eh. eh. eh. Gurau je laa. Takde candy-candy crush nye, dota je kita ada.. hmmm..

Lepas tu, Si Toyol tu call lagi cakap yang Papa J cakap dah lulus untuk tc madah Nizhom Hukm untuk madah siyasah syariyyah. Apa lagi melompat katak ana dalam library tu.. eh. cover-cover.. Pastu saje cakap kat si Toyol tu, 'daripada hang call ana banyak-banyak kali ni, apa kata hang lanje ana roti canai ada faedahnya sikit'. Pastu you know what, dia betul-betul belanja ana dengan roommate ana sekali si Ella. Sebab kitorang berlima (ana, ella, nadh kucai, toyol, kucaii) memang bestfriend masa sem pertama Tahun pertama lagi. Ada ramai lagi bestfriend nanti ana cerita lagi lain kali ok.. Lepas kelas dia bagi roti yang dicanai tu, naseb baik dia tak bagi dalam kelas kut-kut dengan madam berjemaah sekali kenduri roti canai dalam kelas. haha

Balik bilik, solat, settle apa yang patut, cari article, hantar kat madam (naseb baik online), sedar tak sedar dah maghrib. deadline pukul 11.55 p.m. tapi biarlah settle terus takut penat-penat balik mengajar nanti tak teringat ke ape, naya je. Pastu solat, siap-siap ala kadar terus gi ngajar. Time drive baru tetiba rasa lapar. Makan roti canai yang toyol bagi je tadi.. patutlaa, hmmm. Nak makan memang tak sempat dah. Redho je la.. Pastu habis je ngajar, ada sorang mak Inche ni datang kat ana..

"Ustazah, nah ambil la nasi lemak ni. Saya bagi kat ustazah"

"Eh, iyeke mak inche. Buat susah-susah mak inche je" malu nak ambik konon, padahal dalam hati bukan main seronok sebab tak makan nasi lagi harini.

"Eh, takde susah-susahnya ustazah. Ambik la, nanti tak payah beli dah makan malam, ustazah kan duduk asrama, tak boleh nak main masak-masak" punya la beriya mak inche tu.. so ana ambil la nasi lemak tu.. Panas-panas lagi nasinya.. pehhh

"Terima kasih la ye mak inche. Moga dimurahkan rezeki"

"Sama-sama kasih. ustazah" mak inche tu dah senyum semacam..

So ana balik hostel.. Ella ada kat bilik dengan Mama ngan Fofo.. Mama ngan Fofo ni bestfriend ana gak. Ana ajak depa makan sekali nasi lemak ni, depa taknak sebab baru je lepas makan.. kata Ella,

"Kau makan je nad, kitorang dah kenyang. Huntongg ada bakal mak mertua tapaukan nasi" haha.. terus kitorang bantai gelak.. mak mertua la sangat..

Tengah-tengah makan, fofo cakap "Weh nad, nak pinjam kete kau jap boleh? Nak gi bank in modal jap".

"Ambik la. Tu kunci sangkut kat dinding dekat ngan meja"

Pastu depa bertiga pun keluar tinggal ana sensorang dengan hantu-hantu. haha.. saje je cakap kena tinggal, padahal malas nak keluar, penat sangat-sangat. lagipun dah dekat pukul 11 dah kot. It's time for me to rest.. So, depa pi ana buka la fon tengok noti yang beratuih tu.. Baru je tak buka setengah hari.. Pastu teringat dah lama tak bukak tab, sementara ada masa, bukak jap.. Makk aiiiii beribu ribu riban noti.. boleh pengsan nak baca satu-satu. So, bukak je, scrolling down. tak baca pun.. haha

Pastu budak tiga abdul pun bali.. you know what?? They bring along an ice cream in the middle of night.. auchhh.. how sweet.. Boleh mati kekenyangan ana malam tu.. huhu


But, sini ana nak cakap, se'sweet-sweet' 'bakal mak mertua' la, bestfriends la, sweet lagi Allah s.w.t. tau.. Tengok.. Macam-macam rezeki yang dia bagi melalui hambaNya. Tenghari roti canai, malam nasi lemak, pastu eskrem pulak.. See???. Itu tak kira lagi how sweet of Allah for giving us to live, breath, etc free of charge.. Sweet kan Allah?? So, bersyukurlah..

Serious talk, ana tetiba teringat yang ada yang cakap sentiasalah baca surah Al-waqiah sebab inshaAllah hidup akan sentiasa dimurahkan rezeki. Ana memang sedang cuba untuk istiqamah baca surah tu setiap hari, not just for 'dimurahkan rezeki' tapi niat kena Lillah kan?? *smile*

Ya, rezeki akan dengan pelbagai cara yang tidak disangka-sangka. And it happened to me.. Sebenarnya ana tak kisah sangat kalau spend money for books and food.. sebab ana books lover and food hunter.. i love to read, i love to eat and i love you!. eh. eh.. haha..Banyak lagi cerita tentang rezeki tapi lain kali la pulak cerita, roommate ana dah balik ni, siap bawak aweks lagi, kitorang nak lunch sama-sama.. Hujung minggu kan.. Dating la.. Eh. eh.

Owh, btw, pasal mak mertua tu abaikan je la eh.. maafkan ana mak inche.. mak inche boleh cari bakal menantu yang lagi baik dari ana ye.. yang solehah, yang baik, yang berjurrus, yang pandai masak, yang tak gila-gila macam ana.. huhu.. sebab ana tak suka lelaki la mak inche, kalau nak kawan, nak share opinion and bla bla bla boleh la.. kalau selain tu tak boleh la mak inche.. huhu.. ana tak suka,. ana suka seteroberi je.. hahaha..

Kalau the one who called 'bamboo' ada baca post ana yang ni, jangan marah eh.. mak awak dengan mak saya kan akan jadi 'bakal mak mertua' kan kan kann.. inshaAllah.. eh.. eh.. eh.. gurau je.. k.. abaikan

Sekian, moga jumpa lagi gaiss.. Moga selamat maju jaya..
dan doakan ana istiqamah mengulang ngulang ngulang ngulang ngulang..

Jaga hati, jaga diri, jaga iman.. Bye..

Assalamualaikum..



Lots of love,
AlFaqiiroh Ilallah
Sis Cool



July 18, 2016

Kanak-Kanak VS Kasih Sayang

Salamaleik to all readers..

I just want to talk a bit about kanak-kanak dan kasih-sayang.. Walaupun ana bukan lah orang yang selayaknya membicarakan tentang hal ini but ada ana kisah?. Haha.. Gurau je.. Ye.. Bukan apa.. Ana rasa terpanggil untuk tulis serba sedikit tentang hal ini..

Yup.. Kanak-kanak, kadang kita sukar untuk membaca emosi mereka.. I mean emosi dalaman,. Nampak diorang hanya seronok bermain, berlari ke sini, berkejar ke situ, melompat ke sini, menyorok ke sana dan macam-macam lagi.. Uiissshh, keaktifannya kalah superhero.. Nampak happy je hidup tanpa sebarang masalah, kita pun gembira tengok mereka seronok macam tu kan?.

But ada jugak certain yang hanya duduk diam.. Tidak seperti kanak-kanak lain yang seusianya.. Lagaknya ibarat seorang dewasa.. Matured!. Haa.. Yang ini laa, kita makin susah untuk membaca emosi mereka.. Sedihkah mereka atau gembira?

Ya,. Kadang, mungkin yang terlebih aktif memang sengaja mencari keseronokan untuk menutup tiap masalah dalam relung kehidupannya.. So, bila jumpa kawan, barulah dia mempunyai ruang untuk bebas bermain.. Dan mungkin juga, kanak-kanak yang hanya diam membatu sepi di tiap angin lalu sudah puas dengan keseronokan dan ingin mencari dan meneroka dunia baru.. Hmmm.. Sebenarnya agak sukar untuk ana jump into conclusion..

But ana ada satu cerita nak share sikit.. Baru-baru ni ana ada kerja dekat pusat tahfiz darul qurra.. Kelas mengaji dan hafazan.. Start about 7 p.m to 9 p.m.. Ana saja je carik pengalaman.. Lagipun kelas pada waktu malam je... Ok la kot daripada tak buat apa-apa tiga bulan.. Haha..

Most of the students there kanak-kanak laa.. Yup ana suka kanak-kanak.. Tapi mereka ni nakal ya amattttt.. Kadang happy tengok keletah mereka, kadang rasa geram macam nak cubit-cubit je.. Dan kadang mereka buat ana macam geng lagi.. Aduhaiii.. Ana ni tak tegas sangat kot.. Ana boleh je nak marah or buat-buat garang kat diorang tapi tak sampai hati pulak nak marah budak-budak.. Kesian.. Huhu

Then, ada sorang budak ni ana tengok dia diam je.. And suka main sendiri-sendiri.. Kadang dia main dengan kawan-kawan yang sekelas dengan dia.. Dengan kelas lain dia tak bercampur pun.. Kalau kita tegur dia contohnya suruh dia baca sendiri2 dulu or ulang hafazan sendiri, dia dengar apa yang kita cakap but dia buat selamba je.. Tak ikut pun apa yang kita cakapkan.. Begitu jugak time nak solat berjemaah, kita suruh dia pakai baju sembahyang cepat-cepat sebab ustaz akan tunggu semua sedia baru boleh sembahyang, but dia buat endah tak endah and saje buat lambat-lambat.. Akak-akak yang mengajar sekali pun dah puas marah and bertegas kat dia tapi tetap tak jalan.. Huhu

But, i start to think that mesti ada something yang buatkan dia berkelakuan camtu.. So, semalam kebetulan ana kena ngajar dia.. So i tried to ask her.. Mula-mula tak jawab pun, senyap je.. So ana cakap lah.. Ustazah tak marah pun awak, ustazah cuma nak tahu je.. Ustazah pun tak suka marah-marah orang.. Then baru la dia jawab perlahan-lahan.. She has 3 siblings including her.. A brother and a little sister.. Kata nya, abangnya orang kelainan upaya.. Mak dia tak kerja sebab kena uruskan abangnya.. Then nenek dia duduk sekali dengan diorang.. Kalau lepas balik sekolah, nenek dia akan jaga dia sebab emaknya bizi dengan abang dia lagi, adiknya yang kexik lagi.. I tried to ask her, where's your father?. And she said that her father quite busy with works.. Susah nak balik rumah.. Kadang mungkin 2,3 hari or seminggu baru balik kot?. Entah.. Ana pun tak tau macam mana.. So, ana pun cakap laa, kalau awak ada masalah, share je dengan ustazah.. Ustazah ok je, kalau ustazah boleh tolong, ustazah tolong mana yang mampu.. Dia angguk and start to smile!.

Jadi, ana rasa dia macam tu sebab nak perhatian or kasih-sayang mungkin?. Ye laa.. Kat rumah tak boleh nak main-main or mungkin kena jadi dewasa sebelum masanya?. Hmmm.. I don't know, but i feel that every children mempunyai cerita hidup dia sendiri kan.. Kanak-kanak zaman sekarang membesar dengan keadaan sekeliling yang mencabar yang mampu mengubah emosi mereka dengan pantas.. Ana harap mereka dapat melalui zaman kanak-kanak dengan baik..

Ya.. Ana suka budak-budak.. And ana tak sampai hati nak marahkan mereka.. Kesian tengok muka polos mereka yang comel dan cute tu.. Huhu.. Hati mereka lagi suci daripada hati kita yang penuh terpalit dengan noda dan dosa.. Allahu..

And for your info, salah satu sebab ana tolak tawaran ipg dulu sebab ni laa.. Takut nanti tak boleh nak kawal anak murid sebab tak sampai hati nak marah or bertegas lebih2.. Huhu.. And ada yang kata rugi tolak ipg.. But only Allah know me well.. Huhu.. Lagi satu, ana takut sangat apa yang ana ajar nanti anak murid tak dapat tangkap.. Ana ajar lain, diorang faham lain.. Tak ke tersesat nanti.. Naya je.. Huhu

And kawan-kawan ana pun akui, sesetengah cerita yang ana sampaikan, mereka tak faham.. Tak sampai katanya.. Ayat mereka yang paling deep..

"Nad, apa yang kau cuba sampaikan sebenarnya ni? Kitorang tak faham laa.. Tak sampai"

Huhu.. Sadis kan..

Ok laa.. Sampai sini je la dulu bebelan ana kali ni.. Moga jumpa lagi..

Jaga diri, jaga iman.. Bye..

Lot of loves,
AlFaqiiroh Ilallah

July 15, 2016

All About 'Cengeng'

Salamaleik to all readers..

My posting for this time..

Its all about 'cengeng'..
 
I'm the fifth in my family.. And i'm not the youngest.. Usually the youngest person in family will be called the 'cengeng' one right?. Ahha.. Although i'm not the youngest but i am the one that called the 'cengeng'..
Huhu
 
Hmmm.. K.. Malas nak skipping.. Although i love to broke the english.. Kui kui

Betul.. Serius tak tipu.. Ana paling cengeng dalam family.. Tapi bukan dalam semua keadaan.. Just in certain situation yang melibatkan feelings towards my lovely family.. Huhu
 
First ana pernah menangis because of my lovely daddy.. Omg, before i'm forget, we called our father by 'ayah' or 'daddy'.. Oh, about cengeng, ana pernah menangis sebab ayah demam.. Even daddy luka sikit pun ana menangis.. Pernah dulu waktu ana masih bersekolah.. Rasanya that time i'm in form 5.. I'm one of a boarding school students.. So, bukan boleh balik hari2 kan?. Seminggu sekali pun dah cukup baik dah.. Haha.. Macam biasa, setiap hujung minggu ana akan bergayut kat public phone call ummi.. Then, tanye khabar semua.. Pastu tanye la mana daddy.. Ummi jawab, daddy ada, tapi tak sihat sikit.. Ana pun be like ooo.. Daddy demam ke ummi?. Daddy jatuh terpijak ape ntah, pastu tangan terseliuh sikit.. Ana pun ape lagi,.. Ummi, i want to back home.. No matter what i want to see daddy.. Terus berlari amik kad cari warden nak mintak balik.. Warden pulak takde.. Huhu.. Pastu ana call penolong kanan, bagitau nak balik bla bla bla.. (Sebenarnya ana ni memang muka selalu balik sebenarnya.. Sebab baik dengan senior assistant.. Haha).. Terus balik umah.. And sampai je umah, salam ummi then salam daddy.. Ana pun ape lagi.. Terus nangis tak ingat dunia (Naseb baik ingat akhirat.. Muehehe).. Time tu abang ana ade.. Terus ana kena sound cengeng.. Katanya sikit je tu, tu punn nak nangess.. Adui laa.. Manja benorr.. Daddy senyum je sambil geleng2 kepala cakap sikit je ni.. Memang sikit daddy but i'm worried.. I love you daddy.. Huhu
 
Ok tu part daddy.. Part ummi pun sama.. Once ummi pernah demam.. Tak larat nak bangun masak semua.. All of my sisters are in university that time.. But my brother still having a semester break.. So, bila nampak ummi tak larat, i don't know why i'm feeling that ummi sangat sangat sangat tak sihat.. Nak angkat kepala pun tak boleh.. Kena pimpin.. So, time picit2 ummi, pimpin ummi ana dah berkaca dah mata.. Daddy senyum je.. Faham sangat.. Sampai time ana nak masak dishes ana nanges kaw kaw.. I don't know why i'm being too cengeng bak kata my brother.. Naseb ada brader tolong2 masak jugak.. Brader memang pandai masak pun.. Kalau tak, ana rasa dua jam tak siap lagi ana masak.. Masak lagi nanges lagi.. Bila nak siap ntah.. But seriously my brader told that ana memang cengeng.. Huhu
 
Same goes when my little brother had an excident.. Tak banyak pun.. Tapi ada ah sikit injured tu.. Tapi ana dah start nanges dah risau berlaku apa2.. Bila my only brother demam kuat pun ana cengeng jugak.. Sampaikan abang kata, sampai bila nak cengeng ni?. I don't know.. Ana tetap ana.. This is me.. Huhu
 
Yupp.. Bila ia melibatkan mereka that i love damn much, i will start cengeng.. I'm worried.. Ana tak nak terjadi apa2 kat diorang.. Anda faham kan?. Part tu je ana cengeng sikit.. Kalau part lain, i'm okey.. Sebab among my friends, coursemates, ana ni seorang yang cool and hati kental.. Ana jugak agak aktif dan macho.. Haha.. I don't know.. Dorang yang kata ana camtu.. But yes, i'm cool.. Diorang pun kata ana ni hati kental, sebab tak pernah ada feeling or bunga2 selain family sendiri..
 
Yes.. Yang tu ana akui.. I'm never like somebody.. And i'm cool the way i am.. Biasanya, kalau perempuan biasa la cerita yang depa suka orang tu la orang ni la.. Tapi ana tak pernah.. Sebab ana rasa i can live happily with my lovely family.. Ana dah plan macam2 but not about marriage or something yang bermain dengan perasaan.. But my sisters and brother once pernah nasihat ana.. Ye betul sayang family.. Tapi takkan la takde suka orang.. Tu naluri semula jadi yang Allah dah buat.. Jangan nanti makan diri..

So i start to think.. Boleh ke suka seseorang?. But nanti kalau ia tak seperti yang kita jangkakan macam mana?. Sebab itu i never like somebody (opposite gen).. I want to, but i'm afraid..
 
Then this aidilfitri, suddenly ana terima satu approach la lebih kurang.. About future.. So i start think,. I try for the first time.. And i said i will do istikharah first.. Yup.. I do it.. Then i got the answer, quite positive.. And for the first time i'm crying because of someone bukan family ana.. And my feeling start to like the one i called 'bamboo'.. But i'm afraid.. Takut when i like someone tapi ia tak seperti yang kita jangkakan in the future.. And i keep crying because ana rasa macam ana tak sepatutnya suka orang.. Salah suka orang yang tak patut kita suka kan (hope you understand what i mean.. Means someone not our muhrim).. So what should i do with this cengeng's feeling?.
 
I hope the one that called 'bamboo' not reading this post.. Huhu *covering my face*

I'm shy you know.. So that ana tulis dalam blog ni.. Sini takde orang nak baca.. I don't have followers.. Muahaha
 
Yes.. I'm cengeng.. But i'm an independent tau.. Haha
 
Sorry for all the mistakes.. Bye then..

Lot of loves,
- AlFaqiiroh Ilallah -

May 09, 2016

Manhaj Ilmu??.

Bismilahirrahmanirrahim...

Kerosakan yang berlaku tanpa ada manhaj ilmu..

Pertama kita perlu mengetahui perbezaan diantara maklumat dan ilmu.

Maklumat merujuk kepada kefahaman-kefahaman dan gambaran-gambaran yang sampai kepada seseorang individu tanpa diketahui kebenarannya dan tiada dalil padanya,

Ilmu pula merujuk kepada hasil daripada uslub yang digunakan untuk membenarkan maklumat- maklumat yang datang pada seseorang samada melalui kajian, akal (qias) ataupun wahyu ilahi..

Seseorang tidak dikatakan berilmu jika hanya mempunyai maklumat kerana dia tidak mampu membuktikan maklumat tersebut benar atau salah sehingga terhasilnya ilmu,. Di dalam ilmu mantiq asas pembahagian ini disebut pembahagian tasawwur dan tasdiq.

Tujuan manhaj adakah untuk membawa 2 perkara :

Pertama : untuk menghasilkan kesimpulan ilmu yang baru disebut sebagai manhaj ikhtira' atau taulid dan istibath..

Kedua : untuk membuktikan kebenaran sesuatu maklumat disebut sebagai manhaj istidlal atau manhaj tausiq..

 
Oleh sebab itu islam amat mementingkan perihal kebenaran sesuatu perkhabaran dan maklumat kerana ianya membentuk pemikiran dan tindakan seseorang individu..
Sesuatu perkara yang dibuat kesimpulan tanpa mengikut manhaj tidak diiktiraf sebagai suatu ilmu walaupun ianya sampai kepada kesimpulan ilmu tersebut..

 
Ilmu tanpa manhaj yang betul adalah ilmu yang berisiko untuk membawa kemudaratan dan kerosakan kepada manusia. Oleh sebab itu para ulama amat mementingkan manhaj dalam ilmu.
Sebagai contoh dari sudut manhaj tajribi (kajian) barat yang tidak mengikut manhaj yang betul sehingga menghasilkan suatu kesimpulan yang menyeleweng  : alam terjadi dengan sendirinya hasil daripada letupan( big bang)..natijah ini terhasil daripada kajian dan maklumat - maklumat yang disusun tidak mengikut manhaj yang betul.

Noktah..